Monday 25 November 2013

Pengedar SHAKLEE Bandar Baru Bangi / Kajang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya saya telah mendaftar sebagai salah seorang SHAKLEE Independent Distributor.

Setelah melahirkan anak saya yang ketiga, saya sedar yang saya perlu lebih menjaga kesihatan saya. Rasa diri nampak tua, dan cepat sangat letih. Sepanjang mengandungkan princess Hanan, saya mengalami sakit belakang yang teruk. MC yang diambil memang sangat banyak . Ada masa saya tak dapat berjalan langsung, and even if I did, I was terribly in pain. Siap pernah bertongkat ke pejabat. Rakan sepejabat mulalah buat muka terkejut ingatkan saya accident..Akhirnya saya tak bertahan lama dengan tongkat, tak larat nak menjawab soalan colleague. Hehe..

Saya cuba bertahan dengan sakit belakang tersebut sampai ke hujung pregnancy dengan harapan sakit tersebut akan hilang selepas bersalin. Saya assume sahaja sakit tersebut disebabkan pregnancy sebabnya, orthopaedic pun tak dapat nak check, ya lah tak boleh nak buat x-ray ke kan. Dan saya tak pernah sakit macam tu semasa mengandungkan anak pertama dan kedua.

Selepas lahirnya Hanan, dalam masa lebih kurang selepas 5 hari, saya mula makan SHAKLEE. Saya dah memang ada bekalan SHAKLEE di rumah. Saya pernah beli SET MENYUSU untuk tambah susu masa menyusukan Arman, anak kedua saya. Disebabkan disiplin yang sangat teruk, sekejap makan sekejap tidak, dan dengan waktu mengepam susu yang selalu ke laut, usaha saya tak kemana.



Jadi lepas pantang, saya terus guna supplements yang ada. Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang kali ni, badan memang rasa lebih kuat. Sakit belakang saya juga dah hilang. Saya tak boleh katakan semua ini hasil makan SHAKLEE. Semuanya datang dari Allah, dan saya yakin supplement yang diambil ada kesan terhadap badan saya. Kalau ikutkan nutrien yang dapat dari makanan yg saya ambil sahaja, memang tak cukup.

Saya bersedia untuk share apa-apa ilmu dan pengalaman yang ada selagi boleh dengan anda. InsyaAllah, sama-sama kita berusaha untuk sihat. Untuk beribadah kita perlu badan yang sihat, nak melayan suami dan anak-anak juga perlu badan yang sihat. Nantikan post saya yang seterusnya berkenaan set-set yang ditawarkan SHAKLEE.

Penduduk Bandar Baru Bangi dan Kajang, jangan segan silu. Boleh COD untuk kawasan-kawasan ini. Kalau anda tinggal di kawasan lain pun, tiada masalah, saya boleh pos ya.

No comments:

Post a Comment